Tuesday, August 2, 2011

ayat untuk si jejariruncing...

actually sebenarnya dya ade bace entry CIK EPAL  ni
pasal kes skang yg sgt la k0ntr0versi heheh...pasal kes putus tunang...KFCM n ELIA..
terkej0t gak dya bile baca hariam metr0 aritu...
tumpang sedey gak untuk ELIA..yela dya slalu gak bace bl0g die JEJARIRUNCING ni...
best jgak bace smue entry pasal kfcm n elia..sweet je dorang...
tp bile dah jd cmni kesian plak kt die..
eh melalut dah ni sbnr nk p0st ayat ni je....
Ketahuilah bahawa…


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.


Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.


Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.




best kan ayat nih..kredit untuk cik epal..
bile bace ayat n..wt kite xputus asa...kerana sesungguhnya
cinta yg abadi itu adalah untukNYA....
btw to kfcm n elia..diharapkan dorg dptla menyelesaikan masalah ni dgn sebaiknya..
yg pntg jgn aibkan mane2 pihak...sebab walop0n mne tr0k keslhanya...tp kite pnh menyayanginye...
perlu kematangan n kekuatan untuk melalui nya...
dalam bulan Ramadhan yg mulia ni..
seharusnya kita bermaafan n menginsafi diri 
kita hanya manusia kerdil yg slalu membuat kesilapan...
mungkin ada hikmahnya..Allah ttp menyayangi kita...

 
p/s :"kalau kita betul-betul sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi, jangan kau halang dia, andai sudah tersurat dia milik kau, suatu masa nanti dia pasti balik pada kau walau sehebat manapun pengganti yang dia jumpa dan andai kau sayangkan sesuatu benda itu, jangan kau genggam dia terlampau kuat, bimbang ianya pecah didalam genggaman kau sndiri"


4 comments:

  1. wah!! mne ko dpt beb ayt tuh?? ako suke!! huhu

    ReplyDelete
  2. hehehe kebetulan aku bace ayat kt blog cik epal hehe best kan

    ReplyDelete
  3. tula.. ako pon da bce da.. mmg besh! dye xmarah kew ko copy paste nih?? hehe

    ReplyDelete
  4. hehehee ntah xmarah kot tp ak mntion la name die hehehe

    ReplyDelete